BELAGA: Sebuah pusat internet akan ditubuhkan untuk penduduk Sungai Asap apabila dewan serbaguna siap pada September ini. Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum berkata selain pusat tersebut, ia mampu menampung sebuah pejabat pos yang akan memberi perkhidmatan transaksi perbankan, pusat pembayaran bil utiliti dan kaunter pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Beliau berkata demikian semasa sesi dialog dengan penduduk Uma Belor, sebuah daripada 15 buah rumah panjang di skim penempatan semula Sungai Asap pada malam Sabtu.
Pusat di Sungai Asap dan Sungai Koyan adalah untuk 10,000 masyarakat Orang Ulu yang kawasan mereka terlibat dalam pelaksanaan Projek Hidro-Elektrik Bakun.
Salang bersama dengan Ahli Parlimen Hulu Rajang Billy Abit Joo, Pengarah Kanan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari, Pegawai Daerah Belaga Sirai Daha, Temenggong Datuk Sri Nyipa Batok, Pemanca Umek Jeno dan tetamu lain sempat melawat Projek Empangan Bakun.Beliau berkata kemudahan lain yang akan disediakan di dewan serbaguna termasuklah perpustakaan.“Tujuan menyediakan Pusat Internet adalah untuk membolehkan masyarakat di sini berkomunikasi dengan dunia luar seperti masyarakat di Bario, Long Bedian dan Long Jengkitan,” kata beliau.Beliau berkata pembekal teknologi tanpa wayar Sacofa Sdn Bhd merancang dalam masa terdekat untuk mendirikan menara transmisi yang membolehkan masyarakat menonton siaran televisyen RTM dan liputan telefon bimbit yang lebih baik.Terdahulu, Billy Abit mendesak kerajaan untuk memperbaiki jalan Bakun dan menguatkuasakan peraturan trafik oleh pihak berkuasa yang berkenaan. “Jalan tersebut sentiasa sibuk dengan lori-lori besar yang membawa kayu balak. Ini sangat merbahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya. Saya berharap mereka yang bertanggungjawab akan bertindak secepat mungki,” tambah Billy.
Sunday, July 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment