Sunday, July 13, 2008
Dah Sedia Untuk Bertandang ke Belaga
KAPIT: Cabaran Hutan Hujan Belaga Siri Kedua 2008 anjuran bersama Pejabat Daerah Belaga dan Majlis Daerah Kapit (MDK) akan berlangsung pada 26 Julai depan di Giam Pasang, Sungai Belaga.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kedua jawatankuasa induk penganjur di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Belaga baru-baru ini, Pegawai Daerah Belaga Sirai Daha berkata beberapa aktiviti sampingan akan diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.“Antara aktiviti yang diadakan ialah Pesta Ria (yang bermula dari 23 Julai), senamrobik beramai-ramai, persembahan Pentas Rakyat, Ratu Cabaran Hutan Hujan 2008 dan Sukan Air (Regata),” ujarnya sambil menambah, cabaran itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung ke Belaga.Menurut Sirai lagi, cabaran meredah hutan tabal akan bermula dari Giam Pasang melalui tebingan Sungai Belaga, Giam Erik dan Giam Pading sebelum berpatah balik ke Giam Pasang menempuhi perjalanan dianggarkan antara tiga dan empat jam.Cabaran tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka. Tarikh tutup penyertaan akan ditentukan kemudian, manakala setiap penyertaan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM50.Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Setiausaha Penganjur, SAO Sami Siba di Pejabat Daerah Belaga menerusi talian 086-461339 atau Penolong Setiausahanya, Anna Anddress Emau (086-461334, 0194862446) di Pejabat MDK Cawangan Belaga.Johan bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,400 serta piala, naib johan RM1,000 serta piala dan ketiga RM700 serta piala. Empat hadiah saguhati keempat hingga kelapan ialah RM200 serta piala. Jumlah keseluruhan hadiah pertandingan kekal RM10,200.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment